MODAL MINIMA BUKA SPA
Assalamualaikum korang… pe kabo semua? Sihat ker? Hehehe.
Sihat? Alhamdulillah..
Eh… ada yang kurang sihat? Haa tu petanda badan kurang
nutrisi tu. Kena top up dengan supplement tu.
Sebenarnya hari ni kak ed nak citer pasal modal minima buka
spa.
Biasanya kalau sebut pasal spa ni, mesti dah terbayang kedai
spa yang cantikkan, konsep ala ala Bali, ade water features kat depan kedai
atau kat dalam kedai, nyaman dengar bunyi air mengalir, bunyi burung2, muzik
spa yang menenangkan, suasana damai, lighting pun ala ala romantic, senang
citer memang bestlah. Rasa tak nak keluar dari spa.
Sajer jer citer lebih bagi korang fefeeling macam dalam spa.
Hehehe.
Memang bestkan, untuk kite sebagai customer.
Tapiii kalau kite ni sebagai tuan tanah a.k.a tuan punya
kedai spa, modal nak keluar untuk kedai spa yang best ala ala bali tu, mak
aiiii. Bukan sikit sikit dik non.(baca dengan nada macam makcik bawang tau..
hhiihhi baru feel)
Yelah mau tak banyak modal, koman koman pun mau puluh puluh
ribu jugak. Nak buat kedai opcos kena ade tema. Contoh macam tema bali.
Aksesori aksesori nak cantikkan spa dah tentu kena ala ala
bali. Kata ikut temakan. Tu baru barang nak decorate spa. Belum lagi dengan
peralatan spa nya, katil spa, sauna, bath tub, jakuzi, mejanya, kerusinya, sofa
lagi.
Water features bagai, kayu hiasan jer dah berapa harga
sekarang. Tu peralatan yang besar besar, tak masuk tools kecik kecik lagi,
dengan steamer nya, mesin nya, mangkuk, alatan untuk facial, kain lah, tuala
lah, langsir, eh macam macamlah. Mau panjang
list ni nanti nak list semua barang spa.
Eh tu belum kire sewa kedai tau, kos renovate, kos letrik,
kos air, spa dah tentu kena ade aircond. Kena fefeeling nyaman, sejuk sejuk
gitu. Adeh baru list jer dah rasa nak pengsan. Belom tengok kos lagi. Hahaha.
Haa terlupa, belom masuk kos nak baya gaji pekerja lagi. Melainkan kite bukak kedai, kitelah tokei kitelah pekerja. Hehehhe.
Haa terlupa, belom masuk kos nak baya gaji pekerja lagi. Melainkan kite bukak kedai, kitelah tokei kitelah pekerja. Hehehhe.
Macam gini punya spa, mana nak dapat MODAL MINIMA BUKA SPA
nya kan. Minima kalau spa
gini mau RM 10 ribu ker RM 50 ribu punya modal. Fengsan!
Makanya itulah sebab kak ed tulis entry ni. Nak kabo ker
korang semua, ade cara untuk pastikan hanya modal minima buka spa diperlukan.
Berapa modalnya???
Modalnya tak besar pun dik non, tak sampai pun RM2 ribu buat
masa ni. TAK CAYA?
Haa meh baca apa kak ed nak bagitau kat korang caranya.
Korang penah dengar SPA TANPA KEDAI?
Tak penah? Kalau pernah pun korang tetap kena baca apa yang
kak ed nak tulis nih. Hehehe. Eh info baikkk punya ni tau.
SPA TANPA KEDAI
Ok, spa tanpa kedai ni adalah spa yang tak perlu ade kedai
pun. Ade 2 konsep dalam spa tanpa kedai ni:
Pertama, spa bergerak atau pun orang kampong den panggil
mobile spa. Hehehehe. Gurau gurau, jangan ler mare, tak leh gurau haaa pi dok
surau. Hihihi.
Mobile spa ni secara ringkasnya kite sebagai beautician pegi
tempat customer untuk buat servis spa. Tak kisahlah kat umah dia ker, opis ker
hotel ker, semua boleh. Yang penting, kite yang kena pegi ke tempat customer.
Yang kedua adalah home spa. Konsep home spa ni lain sikit,
kali ni kite yang tunggu customer datang tempat kite. Biasanya kat umahlah kan.
Kite buat setkan satu bilik kat umah kite khas untuk aktiviti spa kite.
Kalau tak de extra bilik, kite boleh amik mana mana ruang
yang sesuai contoh ruang tamu untuk kite settingkan home spa bila customer nak
datang untuk appointment spa.
-
Mobile spa ni sekarang sangat sangat demanding. Ramai yang
memilih untuk dapatkan servis mobile spa.
sekarang kita kaji pulak kenapa buka spa tanpa kedai. apa yang best sangat dengan bisness spa tanpa kedai ni?
pertama :
modal minima buka spa. korang tak perlu amik loan bank pun untuk buka spa tanpa kedai ni. setakat modal bawah RM 5000 takkan nak amik loan bank kan. Tak berbaloi baya interest. Tak cukup modal bolehlah diusahakan pinjam dengan ahli keluarga.
kedua :
nama pun spa tanpa kedai, korang boleh buat kat mana2 jer. balik kampung, pegi bercuti, outstation.
orang lain balik kampung abis duit. kite balik kampung siap bawak balik extra duit asbab servis mobile spa. percayalah. ramai jer kat kampung tu yang nak. offer jer.
ketiga :
ikut masa sendiri. terpulang pada korang nak buat full time atau part time. time korang tentukan sendiri especially golongan mak mak ni. suri rumah tapi boleh jana income 4 angka tau dengan mobile spa jer. macam kak ed sendiri, buat part time jer pun. malam leps balik keje atau weekend.
keempat :
risiko nak bankrupt tu memang takde lah, nak rugi pun payah. sebabnya modal ciput jer pun. kalau betul buat tak sampai sebulan korang dapat balik modal. melainkan malas tahap gaban. belajar tapi tak buat. lepas praktikal ilmu tu peram, takde buat servis spa. haaa memang tak ke manalah jawabnya. hahaha.
yang tu salah sendirilah yer dik non. kami dah bagi pancing, dah ajar cara nak pancing tapi kalau korang tak pegi memancing dok sajer mana nak dapat hasilnya.
kelima :
100% keuntungan milik korang. korang tak yah baya sewa kedai, tak yah baya gaji pekerja, tak yah baya bil letrik dan air yang banyak setiap bulan. dapat untung masuk poket. baya ke company pun takde. semua untung tu korang punya. bab nak urus kewangan pun nanti akan diajar.
maklumlah duit spa dah berkepuk. silap manage, bayang pun tak nampak nanti. hehehe.
Sape jer yang ramai sangat amik servis mobile spa ni?
- Wanita yang nak berspa tapi takde masa nak ke kedai spa. Ni biasa wanita yang berkerjaya. Keluar gelap balik gelap. Sampai umah sibuk dengan rumah pulak.
- Mak mak yang risau nak
tinggal anak bila diorg nak keluar ke kedai spa. So mak mak ni lebih senang
hati berspa dikelilingi anak anak. ME TIME dengan anak anak gitu.
- Ladies yang on budget. Risau kalau gi spa karang kena cas mahal mahal, sampai beratus ratus hanya untuk facial. Paham paham jelah kalau gi spa kat kedai tu, macam macam pakej diorang offer untuk kite amik. Yang asalnya murah tetiba boleh sampai beribu sebab tak sengaja sign up untuk ada treatment sampai setahun. Haaa takutttt wehh. Diorang punya ayat marketing tu buat kite tak mampu nak say NO. dari terkena baik elakkan. Hehehe.
- Ade jugak yang amik mobile spa ni sebab susah nak keluar rumah, nak kena drive lagi, nak cari parking lagi. Kalau pandai drive ok ler, ni kalau yang tak pandai drive, dah leceh nak kena amik teksilah grablah. Susah susah gitu better amik mobile spa jer. Call jer, buat appointment, haaa terpacaklah beautician kat depan pintu umah. Senangkan uols.
Banyak lagi sebenarnya. ini baru sebahagian.
Sekarang dah tau kan kenapa mobile spa ni femes sangat
sekarang ni. Oleh kerana femes sangat dan permintaan pun sangat tinggi, maka
sebab tulah kami team spa The Walking Beauty ni sentiasa mencari ladies yang
berminat dengan kecantikan untuk join team kami.
Kami dah ade lebih dari 300
beautician di seluruh Malaysia tapi jumlah ni masih belum cukup. Masih ade
kawasan kawasan yang kami tak dapat cover disebabkan dikawasan tersebut takde
agen spa atau permintaan yang terlalu tinggi sampai tak cukup tangan.
Inilah dia spa tanpa kedai, spa yang boleh dimulakan dengan
modal yang jauh lebih rendah dari bukak kedai spa tapi still boleh memberi
pulangan yng lumayan. Modal korang Cuma kena keluarkan sekali jer. Tapiiii income
boleh dijana berkali kali selagi mana korang mampu.
Bayangkanlah, permintaan tinggi, sentiasa ada request untuk
servis spa The Walking Beauty tapi sayangnya kami kekurangan agen spa. Atas masalah
nilah, agen spa diperlukan di seluruh Malaysia. Bukan Malaysia jer, team The
Walking Beauty ni ade agen kat Dubai, Australia dan Mesir.
MODAL SPA THE WALKING BEAUTY
Sekarang ni kak ed nak bagitau modal minima buka spa dengan
The Walking Beauty. Kos yang diperlukan untuk join team spa kami hanya RM 1999 sahaja!
murah sesangat tau. sebab dengan pakej terbaru ni korang dapat complete segala produk dan tools yang diperlukan untuk on kan mobile spa korang. memang cuci kaki cuci tanganlah citer dia.
abis jer training dah boleh seret beg spa korang pi buat servis.
meh tengok apa yang korang dapat dengan pakej terlajak murah ni :
Product
- set skin care Youth
- beauty product untuk spa
- beg spa yang ekslusif
- facial steamer
- ion massager
- trial kit facial spa
- mangkuk facial
- Facial dan face massage
- Body scrub
- Herbal sauna
- Aura milk bath
- Foot spa
- Hand spa
- Modul lengkap untuk semua course di atas
- Sijil penyertaan certified as beautician TWB!
Extra course
- how to setup your own mobile spa
Bonus!
- Kitab harga. kitab harga ni ada di dalam module lengkap dan akan diajar semasa training cara untuk menetapkan harga yang sesuai untuk setiap servis dan pakej spa.
- Access kepada support group yang sangat happening dan supportive. Warning, dalam ni penuh dengan positive vibes. korang tak sempat nak down lelama pun. hehehe.
- Peluang untuk sertai annual trip ke luar negara!
- Peluang untuk join semua aktiviti yang dibuat oleh founder from time to time. Gathering, meeting, hi-tea, spa party dan macam macam lagi.
- berpeluang untuk join contest yang founder anjurkan.
Ok sekarang ni kak ed nak citer ciri-ciri agen spa
diperlukan untuk team TWB ni. Tak susah pun sebenarnya. Hehehe.
- minat dalam bidang kecantikan
- korang suka belajar benda baru
- korang rajin dan komited untuk berjaya
- sentiasa berusaha untuk tingkatkan taraf ekonomi
- penting: berumur 18 tahun ke atas
maksudnya adik adik yang baru lepas SPM tu boleh sangat nak join projek ni. boleh kumpul duit sebelum masuk universiti.
dah masuk U, apelagi boleh ler buat spa ni bisnes part time. uish ramai tu boleh jadi customer. asal sebut pasal cantik2 jer mesti ramai yang minat.
sape tak nak cantik wehhh. kannnn. hehehe.
oh yer lupa nak inform, spa The Walking Beauty ni adalah spa shaklee, means semua bahan dan produk yang digunakan semua dari shaklee. terbukti selamat berkesan dan semulajadi.
korang tak yah risaulah, setiap produk semua ade research paper. kajian bertahun tahun. bukan produk tangkap muat yer. hehehe.
lagiiiii, spa TWB ni satu satunya spa yang bagi peluang income sampai 5 jenis income! mana cabang semua boleh buat duit.
nak tau ape 5 income tu?
haaaa kenalah join team kami spa tanpa kedai The Walking Beauty.
agen spa diperlukan.
agen spa diperlukan.
klik jer link bawah ni untuk join kami.
TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau TIADA PENGALAMAN LANGSUNG
Lots of love,
Kak Ed
+6012-3894274
Founder De Mystere Beauty Spa
Alumni The Walking Beauty
FB page: De Mystere Beauty Spa
+6012-3894274
Founder De Mystere Beauty Spa
Alumni The Walking Beauty
FB page: De Mystere Beauty Spa
Comments
Post a Comment