KESAN GULA PASIR KEPADA KANAK-KANAK
Assalamualaikum semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa diberkati dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.
Post kali ni saya nak share tentang kesan gula kepada kanak-kanak. Jom kita sama2 baca dan tambahkan ilmu. Semoga bermanfaat buat kita semua.
KESAN GULA PASIR KEPADA KANAK-KANAK
Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.
Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.
Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.
Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'
Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.
Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan
Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.
APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries).
Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat buat kita.
Kurangkan gula dalam minuman lebihkan gula dalam senyuman.
Inginkan tips kurus dan cantik secara percuma?
Jom join channel https://telegram.me/tipskuruscantik
Ingin menurunkan berat badan dengan makan 5 kali sehari dan WAJIB makan nasi?
Ingin nak buka spa tanpa kedai dan ada cash income hari-hari?
Boleh hubungi saya.
Eeda
012 389 4274
Team & Agent Now Everyone Can Kurus
Founder & Owner E'ed Natural Beauty Secrets

Comments
Post a Comment