5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA
Assalamualaikum semua.
Entry kali ini kak ed nak bawakan kisah kejayaan 5 orang wanita yang luar biasa dengan projek mobile spa TWB.
Sesungguhnya, projek mobile spa TWB ni telah banyak merubah hidup ramai wanita dari biasa biasa jadi luar biasa.
Jemput baca kisah mereka.
KISAH PERTAMA : AMY SULIZA JAMIL
"Hutang keliling pinggang.. kereta sangkut berbulan2 bukan 1 bukan 2 bukan 3.. tp berbulan2.. nk makan pon x cukup"
Nama saya Amy Suliza Jamil, boleh panggil saya Amy. umur 32 tahun. Berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Saya seorang pembantu pendaftaran di JPN Melaka Tengah.
Amy mula join TWB pada April 2018.
Kenapa saya join TWB???
Sebab saya nampak masa depan yg cerah dlm TWB ni.
Amy bukan org senang.Walaupun seorang penjawat awam tapi hutang keliling pinggang.Sebab tu amy sedaya upaya cari peluang untuk tambah pendapatan.
Serius cakap memang saya sangat2 bermasalah dari segi kewangan.
Actually dah lame dah intai2 TWB ni, dari pakej murah sampailah RM1999.
Tapi disebabkan masalah kewangan yg sangat2 serius saya hanya mampu intai dari tirai kamar saja.
Bukan saje takde modal, tp negative modal.
Sangat2.
Mula terjebak bile TWB offer Rm99
Mase tu tak fikir ape dah terus join, dengan harapan boleh buka spa dgn harga RM99.
Sebb tu bile tengok founder post je pasal rm99 terus join.
Alhamdulillah berjaya join rm99.
Bile join rm99 amy nmpak peluang sgt besar dlm TWB ni
Tapi.....
Ade tapi.
Bile tengok amount yg perlu dibayar waktu tu untuk ade spa Rm1999. masa tu rasa sikit down.
tanpa disangka2 Allah kurniakan rezeki yg tak disangka2.
Alhamdulillah dlm pening2 fikir modal,gaji keluar, masuk sekali dgn duit tanggung kerja.
Masa tu rasa YA Allah... rezeki ape yg Kau bagi ni ya Allah.. Kau bagi saat2 aku memang perlu sangat2.
Padahal sepatutnye duit tu patutnya dapat tahun lepas tapi tak dapat2.
Sekali dapat tepat pada waktunya.
Tp duitnya tak la banyak, ade dlm 1000 ++ je.
Amy nekad untuk guna duit gaji tu.
Masa tu memang takde duit dah.
Harapkan duit dari suami je.
Dan alhamdulillah selesai training 28 April.
Masa tu lagi 2 minggu nak puasa.
Dan percaya atau tak sepanjang bulan puasa dapat duit spa rm2100!
Macam tak percaya!
Tapi alhamdulillah amy gunakan sepenuhnya duit spa beli baju raya anak2.
Baju raya mmg tak beli langsung waktu tu.
Memang tawakal dan harap duit spa semata.
Alhamdulillah rezeki Allah tak pernah salah alamat..
Ok guys.. amy nk share sikit.
Apa pon kite nak buat mind setting sangat2 penting
Minda positif ni sangat2 penting.
Actually minda kita ni ade 2.
90% daripada badan kita ni milik minda separa sedar.
Kite perlu seiringkan kedua2 minda ni.
Untuk kite berjaya.
Sehingga sekarang income Amy adalah 4 angka sebulan. Bukan dari spa jer, ada income lain walaupun tak buat spa.
TWB kan ade 6 penjuru income.
KISAH KEDUA : KAK SELINA
"penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy. diceraikan suami melalui text wasap"
Saya Selina, menetap di Putrajaya.
Berusia 43 thn, ada seorg anak ppuan 16thn. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy.
Sejak sethn yg lalu, mslh rmhtangga dan kesihatan saya semakin kronik. Bbrp hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu dimana saya tak dapat melihat jelas menggunakan dgn kedua2 mata.
Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.
Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap2 bulan ada suami bank in 2k dlm acct bank.
Langit tak selalu cerah. Saya tak pnh terfikir akan berpisah, lagi2 suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.
Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.
Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...
Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.
Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat? Mana saya nak mula? Mcm mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja mcm saya yg tiap2 minggu kena ke hospital, ke klinik, yg asyik sakit. Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari2 kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.
Org cakap...jgn risau sgt...jgn pikir byk...Allah ada.
Tapi kalau takde usaha, mcm mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!
Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam2 duit org. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank...tapi bila saya jd surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi org sambung bayar...supaya saya takde hutang bulan2.
So...nak pinjam2 duit bukan mudah bagi saya.
Saya luahkan pd kakak angkat saya, dia surirumah jugak.
Tetiba esok hari dia bgtau saya...dia dah minta tlg anak dia bank in cash 2k ke acct saya. Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."
Dgn mata yg tak berapa nampak
Saya ni gemuk, kaki masalah saraf
Susah nak duduk bersila bagai
Tapi nak cari duit punya pasal
Ego punya pasal...taknak minta duit org...ehsan org
29hb saya bayar RM1999 +100
31 Ogos lps perarakan Merdeka...saya masuk training dgn Master Ainul
Abis training nekad cari customer
Owh ye..anak perempuan saya 16 thn...hantar saya dr Putrajaya ke Bangi naik motor..dia lesen L aje
Sbb sy tak boleh drive..,takde duit byk dah nak naik uber
Then 9 sept...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap
Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??
Kena timpa tangga lagi...
Org yg smbg byr kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!
Tu je duit saya ada
Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu
Offer RM30 aje.
Saya dibayar RM100...nangis terus....
Lps tu saya tak brp kisah dah apa jadi dgn duit dlm akaun tu...
Sbb cash masuk almost hari2
Next customer RM50 pakej mak anak...dia byr saya RM100 juga
Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan
Saya mohon kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam
Saya susun semua hidup balik
Tapi hari2 saya akan sebut TWB...TWB...
mata saya semakin pulih...kurang sepet skit dah
Darah tinggi saya minggu lps doktor dah potong satu ubat sbb dah turun
Gula saya dah bawah paras 10
Saya tak minat beauty
Saya tak minat spa2 ni
Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya
TWB beri sinar baru dalam kehidupan
Betapa TWB telah banyak merubah kehidupan kak selina, wanita wanita alumni TWB adalah mereka yang tak pernah mengalah.
Kisah kak Selina bagi kita pengajaran, langit tak selalunya cerah, jangan terlalu berharap pada suami, kita kena pastikan kita ada skill yang boleh buat kita survive bila ditimpa musibah.
KISAH KETIGA : WAN SYAHIDA KAHAR
"impian nak capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah"
Saya Wan Syahida Kahar, resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014, join TWB Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.
BIG WHY saya join TWB adalah untuk capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah.
TWB memang jauh berbeza dari training spa yang lain. Perbezaan yg paling menarik adalah kelebihan mentorship yg ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara utk dpt income. Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best sgt2
Saya pernah fokus servis spa masa awal2 join. Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!
Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula
Terlalu banyak ilmu berharga yang saya dapat sejak join TWB, Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.
Permulaan join, modal pun pakai income bonus Shaklee je. Pastu waktu upgrade ke 5 course (sekarang pakej 5 course ni RM1,999), pun sama, beli barang2 dengan bonus Shaklee. Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil.
Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal 😄 . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.
So bayangkan kalau u all buat duit ngan servis spa lagi macam yang saya share kat wall FB saya hari2, sure berkepuk-kepuk lagi income. Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.
Alhamdulillah, hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya.
Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi..
Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. Doakan saya ye.
Saya memang seronok sgt sebab sejak join TWB, bisnes start progress and empire YST saya grow. And yang paling happy, of course bila saya dapat naik rank dalam Shaklee satu persatu dari Supervisor, lepas tu Senior Supervisor dan akhirnya latest Coordinator, semuanya asbab berTWB.
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.
Dalam empire saya, saya telah melahirkan 5 orang Supervisor, seorang Senior Supervisor dan ramai lagi business builders Spa TWB.
Untuk wanita di luar sana, jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yg ada, anda akan rasa untung sgt2 dah menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.
KISAH KEEMPAT : AZURA YUSOP
"berjaya umrahkan mak ayah dengan pakej premium hasil dari income spa!"
Saya seorang guru sekolah di Pekan Pahang. Saya sertai TWB untuk selesaikan masalah kewangan saya . Saya perlukan wang lebih!
Kalau 4 tahun dulu saya tak buat keputusan yang betul, mesti sekarang pun takda apa. Mesti mak ayah saya tak merasa.
Saya sangat kedekut, kedekut menyimpan. Duit hasil spa yang saya dapat semua saya simpan.
Barang2 spa semua saya jimat, berus guna berus lukisan anak, korang JANGAN TIRU sebab korang dapat berus yang cantik FREE dah. Saya dulu tak dapat berus, tu yang rembat berus lukisan anak.
Spa TWB sangat simple. Korang beruntung sebab dapat FULL SPEC. tak payah nak topup apa lagi dah. Lepas training dah boleh buat spa terus.
semua servis spa saya gabungkan, buat pakej pengantin, lagi banyak dapat dari facial. Hehehe.
Success story saya:
1. Saya bayar PTPTN cash RM11k
2. Saya bayar pakej umrah mak ayah RM15k
Semua dari income spa!
Terharu, dalam adik beradik Allah pilih saya untuk buat kebajikan lebih.
Sekarang target saya untuk anak saya, 12 tahun, sampai umur dia 21 tahun, dia nak belajar saya nak tanggung sepenuhnya, tak nak pinjam PTPTN.
In shaa Allah usaha sungguh sungguh cari modal, Allah pasti hantar bantuan yang tak disangka.
Buat tahajud mintak petunjuk dan dhuha.
KISAH KELIMA : SHAMIRA MOHAMMMAD NASIR
"suami yang menjadi punca pendapatan keluarga berhenti kerja dalam bulan puasa, macam mana nak raya?"
Saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun berasal dari Kedah. Saya sudah berkahwin.
Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja.
Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.
Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik.
Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri.
Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong.
Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah langsung!
Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang. Rasa jauh jer perjalanan padahal 4 jam je pun naik ets.
"TWB Penyelamat Kewangan Keluarga"
Kenapa penyelamat?
Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan.
Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini.
Macam mana kami survive?
Dengan ilmu TWB.
Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.
Bayangkan suami berhenti macam tu jer.
"Kalau tak kuat, boleh perang dengan suami"
Bayangkan suami berhenti macam tu jer.
"Kalau tak kuat, boleh perang dengan suami"
Berhenti pulak dalam bulan puasa. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau. Kalau tak kuat boleh perang dunia dengan suami.
Tapi, bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja.
"Percayalah Allah yang beri kita rezeki 100% bukan bossku"
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi.
Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak.
Tahu tak masa saya diuji tu. Saya masih baru dalam bidang spa. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA.
Pernah sesak sangat tak ada duit. Lauk dah habis. Apa nak makan? Ya Allah sedih.
Tahu apa saya buat? Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah customer. Tahu apa jadi??
Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.
Inilah cara saya survive.
Orang perempuan, korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash!
Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?
TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan balik rumah
Banyak sangat tau kalau nak cerita bagaimana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya.
Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya nikmat kebebasan masa.
Pesanan saya,
Bertangguh dan takut. Dua ciri yang akan menjerumuskan kita kepada penyesalan yang tak sudah.
Hidup dalam penangguhan ibarat menunggu kucing bertanduk.
Masa terbuang dan tiada pencapaian yang kita dapat. Statik!
Terlalu banyak berfikir akibat dari tindakan kita. Akan bantutkan usaha kita untuk berubah dan berjaya.
Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin. Angkat tangan dan doa.
Nanti Allah bantu kita.
Korang mungkin boleh belajar spa dlm youtube.
Tp korang takkan tahu ilmu pikat hati org supaya tertarik dgn spa korang.. benda ni ilmu yg sgt berharga yg akan kami ajar dlm TWB.
Inilah kisah antara 5 wanita yang hebat dalam alumni TWB.
Terlalu banyak sebenarnya wanita hebat dalam TWB yang tak mampu kak ed nak ceritakan semuanya. Tak abis abis entry ni nanti. Cukuplah 5.
Ingin mengenali wanita wanita hebat yang ada dalam TWB, kak ed alu alukan korang untuk join TWB.
Korang bukan jer dapat kenal wanita hebat ni semua, korang juga bakal menjadi wanita hebat seperti alumni TWB yang lain.
TWB is about empowering women. Beauty with brain.
Memartabatkan wanita dengan bisnes spa yang HIGH CLASS adalah visi kami di TWB.
Ingin menjadi salah seorang family member TWB?
jom whatsapp kak ed.
TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau TIADA PENGALAMAN LANGSUNG
Lots of love,
Kak Ed
+6012-3894274
Founder De Mystere Beauty Spa
Alumni The Walking Beauty
FB page: De Mystere Beauty Spa
+6012-3894274
Founder De Mystere Beauty Spa
Alumni The Walking Beauty
FB page: De Mystere Beauty Spa
Comments
Post a Comment